Thursday, November 7, 2013

L.e.s.s.o.n.# 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kerana pagi ini Allah masih mengizinkan kita untuk menghirup udara pagi...sungguhpun udara tidak lah segar mana...dan sebersih mana, terutama yang tinggal dibandar macam saya ni ha...tapi, syukur juga masih mampu menghirup oksigen untuk terus bernafas.... :)

Semalam, selepas bercuti sempena sambutan Awal Muharram (A New Year Celebration in Muslims Calendar) kaki melangkah ke tempat kerja dengan kemalasan yang panjang...haiyaaaa, manyak susah la ini olang asyik nak cuti sajer... ditambah pula dengan mood yang masih kelaut disebabkan gangguan hormon wanita yang setia datang setiap bulan ni...(bila la dia nak amik cuti 9 bulan..sighh) hati lagi la sebal jer... disebabkan kan itu, saya sudah terlupa nak tinggalkan kunci pada si anak sebab saya pulak terpaksa balik lewat malam ni...*baca si ibu yang lalai... :(

Jiwa jadi tak tenteram sepanjang hari...sampai lah si suami telefon bagitau " no worries honey, I gave her my keys so that she can enter the house if  I am late" . Phew !..legaaaaaaaa... so, boleh buat kerja atau buat2 ada kerja dengan tenang..Praying that she would not dropping the keys any where else... but in shaa Allah, I know that my daughter can take the responsibility at her best.. :)

Lebih kurang jam 6.00pm, saya pun berkemas dan keluar dari office menuju ke office yang lagi satu... yeah, org lain ada satu office..saya ada dua office :) ~ kerja saya sebagai agen di Prudential, menuntut saya untuk menghadiri sesi latihan kemahiran (skill training) dan motivational session which we call it as Power Night for every fortnightly to help us keep in track with the momentum in selling our products. Usually, we would conduct the session on Tuesday evening but since last Tuesday was a public holiday, Wednesday is the day to replace it. Dalam perjalanan nak pegi ke office, hati teringat kat si anak ... lebih kurang jam 6.25pm, I called her, phone tak berangkat....hati dah risau..sbb setiap hari Rabu dan Khamis ..si anak akan balik awal dari hari yang lain...biasanya dalam jam 6.20pm dia dah sampai... dalam kalut2 memandu kat tengah2 kesesakan jalanraya...hati masih tak tenteram, cuba sekali lagi dalam kul 6.30pm..masih tak berjawab.... berdoa saja semoga dia selamat sampai rumah dan cuaca tak hujan, sebab kesian pulak kalau hujan lebat nanti dia basah masa nak buka pagar.. ~ alasan untuk babah cepat2 renovate pagar dan pasang autogate...hikhikhik  :P

6.35pm ~ saya called sekali lagi...2 kali berdering ..terus telefon di angkat....syukurrr..dia dah sampai rumah.. 

I   : Assalamualaikum...

K : Wa'alaikummussalam... Ibu ye?

I   : Ye sayang...dah lama sampai umah ?

K : Baru jugak la ...Ibu, tadi Ibu telefon rumah ye..?

I   : Ye kakak, Ibu ingat kakak dah sampai...tp xde orang jawab..

K : Kakak dah sampai, tp kn kakak susah la nak buka kunci pagar...kakak dengar bunyi telefon..ingatkn babah yang telefon. Kakak xsempat nak jawab... Lepas tu kakak nak telefon balik tau, tp kakak rasa kakak nak solat dulu...sebab dah lewat..nanti tak sempat pulak..

I   : Owh..ok, ni dah solat ke belum ? tadi Ibu yang telefon...kejap tadi Ibu call jugak tp xangkat jugak...ibu risau kakak xboleh masuk rumah..

K  : Tadi yang masa Ibu call tu, kakak tengah solat la...Ibu..ibu balik pukul berapa harini?

I    : Dah solat ? Alhamdulillah..(sejuk hati Ibu) bagus anak Ibu...I am sorry ok sebab ibu kene balik lewat mlm ni...kejap lagi babah sampai, kakak duk ngan babah ye...dalam kul 10pm Ibu balik ok.. kakak take care ok.. Kunci semua pintu if kakak nak naik mandi..Buka lampu kasi terang ok..

K  : Ok Ibu, don't worry...Kakak ok jer...ok Ibu, kakak nak mandi...I love you..

I   : I love you too...take care. Assalamualaikum.

K : Wa'alaikummussalam..

Jujurnya, saya masih punya perasaan bersalah kerana terpaksa membenarkan anak saya yang berusia 8 tahun itu sendirian di rumah... Hati tetap menyalahkan diri sendiri kerana merasakan saya bukan Ibu yang terbaik dalam membesarkan anak... Sukar untuk saya buang perasaan ini kerana saya tahu, kewajipan saya adalah menjadi ibu di rumah bukan ibu yang jasad nya ditempat kerja tp hati dirumah... :(
Namun, sebahagian hati lagi mendefinasikan tindakan saya sebagai satu bentuk didikan terhadap anak saya mengenai tanggungjawab dan keselamatan diri. Ya, terkadang saya merasakan seolah2 saya hanya ingin menyedapkan hati tapi hakikatnya, tidak saya nafikan...ini merupakan satu bentuk latihan emosi dan psikologi buat anak saya agar dia  menjadi lebih berani, tabah dan bertanggungjawab  memastikan diri dia selamat...dan tidak membuatkan saya risau. 

Mungkin, ada pendapat sesetengah ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan dan pandangan saya ini.. Satu contoh yang saya yakin anak saya menjadi lebih bertanggungjawab bila mana dia memilih untuk mendirikan solat terlebih dahulu sebelum menelefon babah dia ... I bet you, if I was at home that time... she usually will procrastinating her action to perform her solat and says that she need her rest and to watch the television before that... but, without me at home... she knows what should be done first before another... without me have to tell her repeatedly. :) She know that she need to lock the door to make her self save at home.. and to prepared her self ready for maghrib before her father reach home.. bijak kan? sebab dia tahu semua yang perlu dan patut dia buat tanpa perlu saya beritahu...dan arahkan.. :) ~ sebenarnya dia mmg tahu semua tu..

Secara umum, dari segi psikologi...manusia / kanak2 akan kurang mempunyai sikap kebertanggungjawaban bilamana dia tidak diberikan tugasan atau tanggungan untuk dia menunjukkan sikap bertanggungjawab itu.. Ini kerana, dia sedar bahawa ada orang lain yang lebih dewasa dan lebih berkuasa ke atas diri dia untuk melaksanakan tugasan tersebut. Jika, kita menyerahkan satu tugasan atau perkara kepada si anak tadi sepenuhnya dengan sedikit observation dari kita... dia secara automatik tahu bahawa dia mesti bertanggungjawab memastikan tugasan yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan baik. But of course, we would like to put some indication of what we expect from her rite?? kalu tak dia wat cincai jer la.... :) tp we as parents kene la pastikan tugasan yang nak diserahkan tu bersesuaian dengan usia anak la kan... :) jgn pulak anak umo 3 tahun ko tinggal  kat umah sendiri...tu melampau la... Rasa saya, usia anak 7-8 tahun...ibu bapa sudah boleh mula ajar anak berdikari... jgn terlalu berharap untuk dibantu sentiasa... dan perlu tahu asas keselamatan untuk diri sendiri... saya sudah mula ajar dia buat kerja-kerja rumah, bantu saya mana yang perlu sebab..bagi saya, bijak dalam pelajaran tidak mencukupi jika dia hanya tahu untuk jawab peperiksaan..because life isn't all about books and exam papers... it's about life..how you react to your surrounding, your problems, your needs, and your responsibilities. There are many people out there who are excellent in their education but they live unhappy because they don't have family who treat them with love..they don't have friends who will be with them up and down, no life because they live only with what they have to live... and worst is, they are so arrogant and selfish to notice about others who are all around them.. :(  

Memberi mereka merasai satu tanggungjawab akan buat mereka rasa lebih dipercayai...lebih berkeyakinan.. berani menyahut cabaran dan rasa dihargai. Jika kita mahu bina jati diri yang kukuh dalam anak kita..maka kita sendiri yang harus membinanya... sebab, tiada orang lain yang boleh melakukan melainkan diri kita sendiri... ini penting terutama seperti anak saya yang tunggal...dia tak ada peluang untuk menjadi seorang kakak yang boleh memjaga adik untuk bantu dia bina sifat bertanggungjawab dalam diri, sifat yakin dan rasa berkuasa..(sense of authoritarian)  sebab dia tiada adik.. so, I need to create some other ways to help her to built up her personality (in other ways I pun terpaksa jugak sebenarnya). If I were to ask her to trust me, I need to trust her first... remember, what you give..you get it back... :) Selain tu, saya mahu melatih dia untuk membuat keputusan, tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah jika saya dan babah dia tiada untuk membantu dia..dan boleh memilih yang mana lebih baik untuk diri dia sendiri...in shaa Allah with Allah guidance.

Semoga, pelajaran ini dapat membantu dia menjadi lebih kuat, yakin dan berani berhadapan dengan cabaran dimasa hadapan...dan harapan saya, semoga saya dapat melatih dia menjadi lebih bijak dalam membuat keputusan..

i.b.u.s.a.y.a.n.g.k.a.k.a.k
7.N.o.v.e.m.b.e.r.2.0.1.3.
M.a.j.u.T.o.w.e.r.
elove

3 comments:

  1. kak....touching baca....semoga kakak sentiasa dibawah lindunganNya semasa ibu dan babah kerja,amin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ...
    khadeeja n sarah sebaya ...
    akhirnya kita kena terima hakikat anak2 kita ni dah semakin membesar dan berdikri dn akan tinggalkan kita ... huwaa...

    ReplyDelete