Tuesday, February 25, 2014

p.r.e.v.e.n.t.O.R.c.u.r.e.?





Bismillahirrahmanirrahim............
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Masyallah... diam-diam, hari ini sudah pun hari ke 25 dalam bulan Februari (yeay !! hari gaji ! hihih )... tahun baru sudah bergerak hampir masuk ke bulan yang ketiga...dan suku tahun pertama dah nak abis.... umang aihh, cepat betul waktu bergerak kan... cuma kita ni tak tahu lah dah bergerak dr takuk yang sama atau belum... kadang kita rasa dah sangat selesa dengan keadaan kita  hari ini... malas untuk bergerak ke depan ...tp jgn pulak ada yang berniat nak mengundur ke belakang... hihihihi...jenuh eh nak pakai gear reverse je sentiasa... ingat, cermin pandang belakang kita disediakan bukan utk kita jalan mengundur...ia cuma sebagai peringat untuk kita supaya tidak lupa dengan bahagian belakang kita which is, masa lepas kita supaya kita lebih  berhati-hati ketika kita terus bergerak ke hadapan... make use all opportunities you have to keep reminding yourself of what you have leave behind because there is no way to make any U-turn in front... make a better and safer journey is the best way rather than keeping the same style of driving habit that will make you feel sorry later... :) - wah, perumpamaan yang jitu gitu... hihihihi ..korang paham tak? tak paham ? ok..ok.. sukahati korang lah.. ;-p

Pagi ni, ai sampai lewat kat opis... jammed sgt hokeyy...penyumbang nya adalah sebab ada kereta yg rosak, satu kat highway sebelum sampai tol duta...keta dok nun tepi jln tu..tp ai is tak paham kenapa sume orang nak slow kan kereta... ko bawa je keta dengan kelajuan yg  sepatutnya adalah lebih baik dr menjadi penyumbang kesesakan jalan raya sebab ko nak tgk keta org rosak dan tersadai tepi jalan...kedua adalah kat terowong duta yang menyebabkan jem tu melarat sampai lah selepas tol...makanya hadap la jem tu sepanjang jalan.... tapi penyumbang paling besar adalah sebab ai bangun lambat....hahahha  .

Sesampainya (ceh..ayat..) di pejabat, trus wat keje okey...xsempat sarapan.. eh, sempat...sempat... ai sarapan sambil masukkan surat dalam sampul... hahhahaha... kata ada dua tangan kan.. ?? ;-p
Okey, itu bukan topik utama ai nak citer hari ni... kisah hari ni akan berkisar kepada ceramah yang ai dengar selepas ai siapkan kerja ai tadi... so, kiranya ni sambungan ceramah yang ai dengar tadi la...now ai nak ceramah kat uol pulak... hahahha...nak tau baca, xmo tahu boleh abaikan saja... tapi sebaiknya uol baca la sebab bende ni memang selalu kita take for granted... biasa la manusia kan.. dah terhantuk terhempuk tergolek dog baru nak beringat kan.... kadang tu dah jatuh terduduk, terperosok pon masih gak xmo beringat-ingat.... maka banyak la terjadi isu dan tragedi yang sama berulang-ulang kali... hahhaha...kan dah start masuk mood ceramah dah ni... ;-p

KEBAKARAN ... pernah dengar perkataan ni ? surely pernah kan?? kalu xpernah, ai tak tahu lah uol duk kat planet mana... marikh ke zuhrah ke pluto ke..uol pilih lah sendiri ye... :)
cuba uol bagitau kat diri sendiri (sendiri sudah..xyah g bagitau kat pakcik guard opis korang...kang tak pasal kene sergah pulak nnt..) dalam setiap hari uol buka dan baca surat khabar, berapa kes kebakaran yang uol baca yang jadi kat tempat kita... untuk makluman, kebanyakkan kematian akibat kebakaran, pembunuh utama adalah asap yang tebal dan penuh racun.... bayangkan, segala macam peralatan kat rumah kita, tempat kerja kita, shopping mall, semuanya mengandungi bahan kimia yang sgt berbahaya bila terdedah kepada haba yang tinggi dan sebab tu asap nya kaler hitam pekat ye kawan-kawan... bukan kaler putih..yg tu kabus namanya... ;-p

Siapa yang pernah berhadapan dengan kes kebakaran ? lecur akibat kebakaran? tengok orang terbakar depan mata? Apa yang perlu kita buat kalau kita kebetulan berada dalam keadaan atau situasi tersebut ? katalah, yang terbakar tu anak-anak kita, suami, ibu , isteri, saudara mara kita.... Secara asasnya kita semua pernah tahu dan belajar tentang cara nak padam kebakaran yang berlaku kan... Jom kita tengok pilihan yang kebiasaannya kita akan buat bila kita panik (xsempat nak cari panic button dah ni..) :-

1. Ambil selimut dan balut mangsa sampai api padam - betul ! tp cara ini akan mengakibatkan kulit mangsa / baju akan melekat pada kain selimut..itu pun kalau selimut tu tak sama terbakar la.. dan boleh menyebabkan kulit mangsa tersiat dan kulit terbakar serta melepuh sehingga tahap 3 (3rd degree burn).

2. Tabur pasir - betul juga!.. memang boleh kita padam api dengan pasir tapi cube uol bagi tau sapa yang ada simpan pasir 2-3 kampit untuk padam kebakaran IF it's happen in your house ? pasir kucing b***k ada la kan.. ?? :) Lagipun, penggunaan pasir boleh akibat kan infection pada luka lecur akibat kebakaran sebab bila pasir tu melekat pada daging yang dah tak ada kulit tu, memang lagi payah nak bersih kan... sakit wooo kan pasir tu kasar... cube nanti korang kulit melecur kene air panas pastu tabur ngan pasir... cer try.. ;-)

3. Simbah air - paling best ! dan ini adalah yang paling selalu dibuat orang. Air memang boleh memadamkan kebakaran. Tapi kesan akibat air itu uol pon boleh tengok kan... kulit akan menggelembung (ada air dalm kulit) pastu melepuh huwaaaaaaaaaaaa...sakittt wooo... kebanyakkan kes kebakaran / kelecuran yang di selamatkan dengan menggunakan air akan meninggalkan kesan parut yang kekal dan huduh... owh, yg ni mmg ai pernah hadap juga.. For me, if lecur akibat air panas is okeyy to simbah air sbb ia akan cepat sejukan kulit dan kesan terbakar tu ..tp kalau api sedang marak membakar badan mangsa... air cuma akan memburuk kan keadaan sebab ia boleh mengakibatkan renjatan pada tubuh mangsa.. Cuba bayangkan sebatang besi yang panas uol campak ia masuk air... eh, senang tgk.. uol lepas masak pakai kuali kan... pastu trus simbah ngan air... tengok apa jadi... renjatan suhu boleh akibatkan kematian dan kerosakkan organ dalaman.. boleh refer artikel ini. Lebih berbahaya lagi jika kebakaran atau renjatan akibat elektrik...air akan jadi konduktor yang akan alihkan pula elektrik tu pada uol... Na'uzubillah

4. Berguling - Betul juga ! - cara terbaik untuk selamatkan mangsa kebakaran adalah dengan meminta mangsa menekup muka dan berguling kekiri dan kekanan sehingga api padam. Terdapat kes dimana seorang kanak-kanak yang terbakar diselamatkan oleh makcik beliau dengan memeluk kanak-kanak tersebut dan berguling bersama, tapi malangnya.. apabila api padam dan mangsa dikejarkan kehospital, seluruh kulit kanak-kanak tersebut telah melekat pada pakaian makciknya dan mengakibatkan kesan kebakaran tahap 3 dan kecacatan kekal pada kanak-kanak tersebut. Malang nasib dia kerana kecacatan itu mengakibatkan dia tiada kawan dan tidak boleh menjalani hidup yang normal.. :(

So, from all above facts that I have listed ... which one would you chose ? One other way that will reduce the impact after burning is using FIRE EXTINGUISHER. Pernah dengar kan ?? pernah nampak botol warna merah kat office, shopping mall... banyak kan..? jangan bohong ai tauu !!... YES, using ABC @ dikenali sebagai Dry Powder ni bnyk menyelamatkan nyawa dan sekurang-kurangnya dapat kurangkan tahap kecederaan pada mangsa.. Ia berbentuk tepung dan selamat digunakan keatas manusia.. at least, you skin won't peel off  while you berguling2 atas lantai nak padam kebakaran kan....


Nah, ada banyak saiz... beli yang paling kecik pon dah okey untuk 
pencegahan awal sementara nak lari keluar rumah

Paling selamat, LARI !!!!!!!!... kalau sempat, selamatkan lah nyawa dulu... xyah la pikir nak selamatkan kucing, ikan, anjing, ayam, lembu, burung ke.... atau pasport, beg Coach korang ke.. tv LED korang ke... xpayahhhhh !! lari jerrr... tp jgn lupa pakai suar baju pulak, yg pompuan jgn lupa capai ler kain ape pon wat tudung kepala... then lari lahh.. selamatkan diri anda.. dan keluarga anda... Tapi kan, camne nak lari kalu tidur mati, xsedar umah terbakar.. Mengikut kata pakar, hidung manusia lebih peka ketika kita sedar berbanding telinga kita dan sebaliknya, ketika kita tidur, telinga kita lebih peka kepada bunyi berbanding hidung... tapi kan, ai tau ader gak jenis orang yang mmg tidur tak sedar diri... but atleast, xkan lah semua dalam umah tu tidur mati kan??... so, langkah pencegahan awal adalah SILA PASANG SMOKE DETACTOR .  Ramai yang lebih rela beli handbag coach rege ribu riban dari pasang smoke detector yang rege seratus lebih untuk langkah selamatkan nyawa kat umah. Ada yang kata, alaa... xyah smoke detector la... boleh sedar ape.. api panas kann ??? tapi kan..tapi kan, biasa nya kita kan rasa haba panas tu waktu api dah makin dekat dengan kita... ingat! asap tebal boleh lemaskan kita dalam tempoh 2 saat.. kalu time tu kita tengah tidur..agak2 berapa minit kita perlukan untuk sedar ? kalau ada smoke detector .. bpr saat kita nak sedar bunyi alarm tu?  xtahu la kalu ader yang memang tahap petala langit punye tido tak sedar diri... ;-p
sekurang-kurangnya, jika xmampu beli fire extinguisher, pasang la smoke detector dalam rumah... sekurang-kurang nya, kita sempat lari keluar dari rumah untuk selamatkan diri... kan ?? Remember... 'PREVENTION IS MORE CHEAPER AND EASIER THAN CURE' (plastic surgery mahal taw !! )

* Fikir-fikirkan dan selamat beramal !! eh..tetiba ;-)

elove

Monday, December 9, 2013

g.a.r.a.n.g.V.S.t.e.g.a.s

Bismillahirrahmannirrahim.....

Salam pagi Isnin yang mulia... kejap jer dah masuk minggu ke 2 bulan Disember... tinggal 22 hari lagi nak menjenguk ke tahun baru 2014... dan bertambah usia kita semakin pendek lah hayat untuk kita hirup udara didunia ini.. wallahu'alam.....

Setiap pasangan yang berkahwin tentu skali mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.. anak2 adalah amanah dan tanggungjawab kita untuk mencorakkan mereka menjadi apa yang kita harapkan suatu hari nanti... percayalah, apa jua yang kita tanamkan dan didik dalam diri anak2 hari ini akan menjadi hasil samada yang wajar kita banggakan atau sebalik nya dimasa hadapan.. tanya diri sendiri, samada tujuan kita mendidik anak adalah sebagai amanah untuk kita atau sebagai pelaburan masa hadapan dan akhirat kita kelak ? Jujurnya, semua kita mengharapkan agar anak2 kita nanti menjadi pelindung dari api neraka kepada kita di akhirat kelak... namun, untuk memastikan harapan kita menjadi kenyataan adalah sesuatu yang sangat menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam membentuk sikap dan diri anak2 kita nanti...

Sebenarnya, tujuan artikel ini saya tulis bukan lah untuk  mengajar sesiapa pun bagaimana untuk mendidik anak2 kita...malahan, saya sendiri pun masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dalam soal mendidik anak sebab, anak saya pun masih dalam ketegori kecil dan memerlukan perhatian sempurna dari saya sebagai seorang ibu yang bekerja.... makanya adalah sukar untuk saya membuktikan apa jua hasil dan keberkesanan setiap tips dan teori didikan yang akan saya kupas nanti, namun.. saya ambil pendekatan ini sebagai peringatan dan teguran buat diri saya dan sesiapa juga yang membaca artikel ini .. tujuan saya tidak lebih dari berkongsi ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi hasil bacaan dan rujukan tertentu yang saya buat... 

Kanak2 secara lahiriah, adalah sangat aktif .. ini kerana sifat ingin tahu yang sangat tinggi dalam diri mereka menyebabkan perlakuan dan sifat meneroka menjadi sangat tinggi dan ini menyebabkan mereka kadangkala kelihatan sangat lasak dan hyper aktif. Otak kanak2 mengalami fasa perkembangan yang sangat cepat dalam tempoh 5 tahun pertama sejak dari dalam kandungan lagi. Ini disebabkan mereka perlu mempelajari banyak perkara secara komprehensif dan proses ini sangat kompleks. Perkembangan kognitif mereka merangsang perlakuan yang sedikit agresif disebabkan mereka ingin mencuba dan mengetahui banyak perkara dan mendorong mereka menjadi sedikit lasak. Namun perlu kita fahami, walaupun proses pembelajaran berlaku dengan pantas dan agak mengujakan buat kanak2 ini...otak mereka masih  belum mampu berfungsi untuk merasionalkan setiap perlakuan mereka dengan keperluan dan kewajaran bagi setiap kelakuan mereka itu. Okey, ku rasa gaya bahasa ku ini dan macam paper untuk assigment pulak dah... okey, okey..bahasa mudahnya... budak2 ni..walaupun mereka cerdik bijak dan pintar dalam tempoh perkembangan dan pembelajaran mereka tu..mereka masih belum mampu nak berfikir secara rasional bagi membeza yang baik dengan yang buruk ..yang perlu dengan tak perlu.. dan berfaedah ke tidak... ceritanya mudah, mereka akan buat bende just to full fill their seeking of knowledge ..and that's all. Logiknya, kita semua pun telah dan pernah melalui fasa yang sama.. tidak ada yang terkecuali bagi perkara ini kerana semua manusia melalui proses yang sama. Makanya, jangan lah kita sebagai ibu bapa terover react dengan kelakuan anak2 kita... :)
It is normal la... bukan anak kita je yang nakal dan aktif. Dan sebagai ibu bapa juga, jangan la kita tengok pelik  bila nampak anak orang lain nakal dan aktif... jangan anggap anak2 ini memalukan... kanak2 yang bijak dan pintar sememangnya akan bersikap aktif ..so don't worry ok..

Walaubagaimanapun, disini lah peranan kita sebagai ibu bapa perlu diperkemaskan. Bila anak2 ni terlalu aktif, kita sebagai ibu bapa perlu memastikan aktiviti mereka selamat dan kita perlu didik mereka tentang adab dan akhlak. Teringat saya dengan satu isi kuliah oleh Ust. Don Daniyal berkaitan perkara adab dan akhlak ini ..terutama dalam didikan anak2. Secara umumnya, mendidik anak2 sama seperti kita berdakwah kepada kaum bukan islam mengenai agama kita. Ini kerana, walaupun anak2 kita bertuah dilahirkan dalam keluarga islam dan islam secara automatik, ia tidak menjamin tentang keimanan mereka jika tidak kita terapkan sedari kecil... mereka nampak kelakuan kita...bersolat, berpuasa, membaca Al-quran tapi mereka tak kan faham kalau kita tak terangkan.. sama macam non-muslim kan.. ?? mereka nampak kita beribadat tapi mereka tak faham kenapa perlu kita beribadat. Bila bercakap soal dakwah dan didikan... bagaimana cara sebaiknya untuk kita terapkan keatas anak2 kita?... di sini Rasullullah saw telah menitip kan kita dengan panduan yang pada saya sangat bermanafaat...

kredit kepada Dr.Google :)

Saya dibesarkan dengan ayah yang garang. Ibu, so-so la...garang dalam erti kata...kalau buat salah mmg saya akan dapat habuan la...namun saya tidak sekali2 menyalahkan arwah ayah dengan cara didikan beliau.. setiap kita punya cara dan prinsip masing2.. saya hormati perkara itu..namun, saya percaya...tidak semua yang ibu bapa kita terapkan dahulu bersesuaian dan berkesan untuk anak2 kita hari ini... Saya tidak katakan bahawa sikap garang itu salah...namun, diantara GARANG dan TEGAS, garisan sempadan nya amatlah halus dan kadang kala kita tak sedar pun bahawa kita telah melewati garisan sempadan itu. Secara psikologi, sikap garang itu didorong oleh sifat panas baran yang apabila tidak dikawal akan membawa kita kepada perlakuan ganas yang tidak kita sedari.. (contohnya memukul anak sehingga cedera dan lain2) yang akhirnya seringkali menyebabkan kita menyesali perlakuan kita itu, meanwhile, tegas adalah sifat yang dikawal oleh rasional minda kita dengan tujuan supaya objektif kita tercapai. Dalam bahasa mudah, tegas bermaksud kita tetapkan pendirian dan tidak mudah kalah dengan rayuan atau tangisan anak untuk mencapai apa yang mereka hajati... so, dalam konteks mendidik anak2 ini, saya rasa tegas adalah lebih wajar dan berkesan berbanding dengan garang. Dari pengalaman sendiri, bila ibu bapa yang garang, anak2 menjadi lebih takut dengan ibu bapa... sifat takut ini didorong oleh pengalaman kene rotan atau kene pukul yang diterima. Waktu kecik, yes..ia berkesan...namun, saya yakin sifat takut itu akan bertukar menjadi sifat dendam atau menjauhkan diri bila seringkali anak menerima hukuman rotan dan ini akan membina satu garisan sempadan antara anak dan ibu bapa. 

Bukan lah kita sebagai ibu bapa tak boleh langsung memarahi atau menegur anak2... anak2 berumur 1-6 tahun, seperti yang beritahu awal2 tadi...mereka penuh dengan sifat ingin tahu..bebas berfikir dan bertindak dan tentunya belum mampu berfikir tentang kewajaran atau rasional sesuatu perkara. Marah sahaja tidak cukup untuk memberi nilai pembelajaran kepada mereka. Ya saya tahu, bukan senang nak bercakap dengan budak umur bawah 6 tahun ni...lebih2 lagi lelaki.. budak perempuan mungkin sedikit mudah untuk dipujuk dan dilentur... tapi percaya lah, sifat sabar tidak akan pernah mengecewakan kita...kunci nya SABAR.. melayan karenah anak2 memang menuntut kesabaran yang maha tinggi.. cuba ingat balik, kita waktu kecik2 dulu adakah kita terlalu baik?.. mendengar kata ? xpernah buat silap atau nakal? tapi ibu bapa kita tetap sabar kan?.Jika salah sorang ibu bapa kita garang dengan memukul...cuba bayangkan perasaan kita waktu itu ? adakah kita mahu anak kita melalui perasaan yang sama seperti kita waktu itu?. Jarang saya dengar, ada ibu bapa yang mahu anak2  mereka  melalui pengalaman dan kesukaran yang sama seperti yang pernah kita lalui dulu... jadi, wajarkah kita beri mereka pengalaman yang sama semata2 kerana kita gagal mengawal kemarahan kita terhadap mereka?. Namun, melalui pemerhatian saya, ada juga ibubapa yang langsung tidak menegur kelakuan anak2 mereka.. terlalu berlemah lembut mungkin ? Berlemah lembut bagus, tapi terlalu berlembut pula dengan mengikut semua kehendak anak2, seolah2 memberi signal kepada mereka bahawa mereka adalah raja dan berkuasa pada saya adalah salah. Jangan jadi macam kisah 'Anakku Sazali' pulak ... then, we should blame to ourself. Bersikap lembut sangat dituntut, namun sebagai ibu bapa...perlu untuk kita tegaskan kepada mereka bahawa kita adalah orang tua yang wajar dihormati dan setiap kata2 kita adalah sesuatu yang mempunyai nilai untuk didengari. 

Kebanyakkan kita, marah kan anak2 hanya sebab2 yang sangat remeh. tertumpah air, berebut tv utk menonton rancangan kegemaran... hatta hanya sebab anak menangis minta perhatian pun kita nak marah anak2 sampai terkeluar tekak menjerit dan sampai birat2 badan anak kene pukul... ada tu yang sampai patah rotan atau penyangkut baju yg diguna untuk memukul anak?... Cuba kita fikir balik, rasa2 nya wajar tak hukuman yang kita beri semata2 untuk puaskan hati kita..? Bayangkan, pasangan lain yang berusaha sehabis daya, berikhtiar sampai berhabisan beribu2 ringgit, berubat sampai beribu batu jauh nya semata2 mengharapkan Allah swt mengurniakan zuriat buat mereka... Hanya Allah yang tahu berapa banyak airmata yang tumpah kerana keinginan untuk memperolehi zuriat sendiri... seksanya menahan kata nista dan soal jawab mulut orang yang mengata macam2... bayangkan begitu sekali pengharapan yang dibina untuk memperolehi zuriat, namun..kita yang telah dikurniakan zuriat..mudah pulak tu..tp tidak menghargai mereka...malah, merasakan berhak untuk memukul dan merotan mereka... Ingat, bahawasanya anak itu amanah yang Allah swt pinjamkan untuk kita...bukan hak kita secara mutlak untuk diperlakukan mengikut keinginan hati.. sedangkan Allah swt yang mencipta ..yang lebih berhak, maka tidak sepatutnya kita mengambil mudah perkara mendidik anak2 ini. Berikut adalah beberapa kesilapan kita yang sering kita buat tanpa kita sedari :

kredit Dr.google

Jujurnya, pendapat saya..sebagai ibu bapa kita perlu tegas untuk memastikan anak2 kita berada diatas landasan yang betul. Garang bukan satu penyelesaian. Tegas tidak memerlukan rotan atau pukulan, sebaliknya.. pendekatan menegur dan hukuman berbentuk pendidikan boleh kita terap sejak dari kecil lagi. Pengalaman saya, bentuk hukuman yang diberi mestilah bersesuaian dengan umur anak2. Dan setiap hukuman mestilah diikuti dengan penerangan mengapa hukuman itu perlu diberikan. Sebagai ibu, saya akui kadangkala saya terpaksa berlakon menjadi kuat dan berhati kering demi memastikan anak saya faham tentang perkara yang saya mahu didik. Hati ibu mana yang tidak luluh mendengar suara anak menangis dan merayu ... tapi saya perlu tegas supaya anak tahu perkara yang baik dan tidak baik untuk dirinya. Kadang2, kita ni marah atas perkara yang remeh... xbuat keje sekolah marah, takmo makan marah, buat sepah marah, tapi anak xmo mengaji xnak marah pulak...anak xmo solat xnak marah pulak.. bende yang lebih penting dan wajib xmo marah pulak...anak bising waktu kita nak tgk tv, eh...marah sampai tahap merah mata... Maka, jadilah ibu bapa yang rasional supaya anak dapat melihat kita sebagai pembimbing yang patut dihormati yang lebih bijak menguruskan emosi berbanding perasaan marah kita...bukan sebagai individu yang perlu ditakuti dan dijauhi kelak.. Bertegas bukan sehingga berkasar dengan mereka dan berlemah lembut bukan sehingga menuruti setiap kehendak mereka tanpa batasan. Semoga Allah swt membantu kita2 semua dalam mendidik anak2 menjadi individu yang bijak dalam membuat keputusan dan menangani emosi mereka bila dewasa. Andai kita mahu anak2 dan cucu2 kita kelak hidup dalam suasana yang harmonis, maka menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk masyarakat yang beretika, sabar, rasional dan berempati tinggi sedari sekarang kerana...usaha kita hari ini hanya akan dinikmati dalam tempoh 20 tahun akan datang yang mana, waktu itu...belum tentu kita dapat menilai hasil didikan kita...namun, jika permulaan yang baik, in sha Allah...walau ketika itu kita sudah tiada, pasti kita kan tersenyum dengan dividen saham yang kita dapat hasil pelaburan yang kita usahakan dari sekarang... :) Happy parenting !

kredit dr.google


antara tips yang sudah saya amalkan... Alhamdulillah
tak banyak, sikit pun ia tetap memberi kesan...
Ibu2 terutamanya, boleh cuba amalkan ..lebih2 lagi kalau
anak2 jenis nakal dan degil.. kene sabar dan yakin..
jangan jemu ok..

elove

Thursday, November 7, 2013

L.e.s.s.o.n.# 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kerana pagi ini Allah masih mengizinkan kita untuk menghirup udara pagi...sungguhpun udara tidak lah segar mana...dan sebersih mana, terutama yang tinggal dibandar macam saya ni ha...tapi, syukur juga masih mampu menghirup oksigen untuk terus bernafas.... :)

Semalam, selepas bercuti sempena sambutan Awal Muharram (A New Year Celebration in Muslims Calendar) kaki melangkah ke tempat kerja dengan kemalasan yang panjang...haiyaaaa, manyak susah la ini olang asyik nak cuti sajer... ditambah pula dengan mood yang masih kelaut disebabkan gangguan hormon wanita yang setia datang setiap bulan ni...(bila la dia nak amik cuti 9 bulan..sighh) hati lagi la sebal jer... disebabkan kan itu, saya sudah terlupa nak tinggalkan kunci pada si anak sebab saya pulak terpaksa balik lewat malam ni...*baca si ibu yang lalai... :(

Jiwa jadi tak tenteram sepanjang hari...sampai lah si suami telefon bagitau " no worries honey, I gave her my keys so that she can enter the house if  I am late" . Phew !..legaaaaaaaa... so, boleh buat kerja atau buat2 ada kerja dengan tenang..Praying that she would not dropping the keys any where else... but in shaa Allah, I know that my daughter can take the responsibility at her best.. :)

Lebih kurang jam 6.00pm, saya pun berkemas dan keluar dari office menuju ke office yang lagi satu... yeah, org lain ada satu office..saya ada dua office :) ~ kerja saya sebagai agen di Prudential, menuntut saya untuk menghadiri sesi latihan kemahiran (skill training) dan motivational session which we call it as Power Night for every fortnightly to help us keep in track with the momentum in selling our products. Usually, we would conduct the session on Tuesday evening but since last Tuesday was a public holiday, Wednesday is the day to replace it. Dalam perjalanan nak pegi ke office, hati teringat kat si anak ... lebih kurang jam 6.25pm, I called her, phone tak berangkat....hati dah risau..sbb setiap hari Rabu dan Khamis ..si anak akan balik awal dari hari yang lain...biasanya dalam jam 6.20pm dia dah sampai... dalam kalut2 memandu kat tengah2 kesesakan jalanraya...hati masih tak tenteram, cuba sekali lagi dalam kul 6.30pm..masih tak berjawab.... berdoa saja semoga dia selamat sampai rumah dan cuaca tak hujan, sebab kesian pulak kalau hujan lebat nanti dia basah masa nak buka pagar.. ~ alasan untuk babah cepat2 renovate pagar dan pasang autogate...hikhikhik  :P

6.35pm ~ saya called sekali lagi...2 kali berdering ..terus telefon di angkat....syukurrr..dia dah sampai rumah.. 

I   : Assalamualaikum...

K : Wa'alaikummussalam... Ibu ye?

I   : Ye sayang...dah lama sampai umah ?

K : Baru jugak la ...Ibu, tadi Ibu telefon rumah ye..?

I   : Ye kakak, Ibu ingat kakak dah sampai...tp xde orang jawab..

K : Kakak dah sampai, tp kn kakak susah la nak buka kunci pagar...kakak dengar bunyi telefon..ingatkn babah yang telefon. Kakak xsempat nak jawab... Lepas tu kakak nak telefon balik tau, tp kakak rasa kakak nak solat dulu...sebab dah lewat..nanti tak sempat pulak..

I   : Owh..ok, ni dah solat ke belum ? tadi Ibu yang telefon...kejap tadi Ibu call jugak tp xangkat jugak...ibu risau kakak xboleh masuk rumah..

K  : Tadi yang masa Ibu call tu, kakak tengah solat la...Ibu..ibu balik pukul berapa harini?

I    : Dah solat ? Alhamdulillah..(sejuk hati Ibu) bagus anak Ibu...I am sorry ok sebab ibu kene balik lewat mlm ni...kejap lagi babah sampai, kakak duk ngan babah ye...dalam kul 10pm Ibu balik ok.. kakak take care ok.. Kunci semua pintu if kakak nak naik mandi..Buka lampu kasi terang ok..

K  : Ok Ibu, don't worry...Kakak ok jer...ok Ibu, kakak nak mandi...I love you..

I   : I love you too...take care. Assalamualaikum.

K : Wa'alaikummussalam..

Jujurnya, saya masih punya perasaan bersalah kerana terpaksa membenarkan anak saya yang berusia 8 tahun itu sendirian di rumah... Hati tetap menyalahkan diri sendiri kerana merasakan saya bukan Ibu yang terbaik dalam membesarkan anak... Sukar untuk saya buang perasaan ini kerana saya tahu, kewajipan saya adalah menjadi ibu di rumah bukan ibu yang jasad nya ditempat kerja tp hati dirumah... :(
Namun, sebahagian hati lagi mendefinasikan tindakan saya sebagai satu bentuk didikan terhadap anak saya mengenai tanggungjawab dan keselamatan diri. Ya, terkadang saya merasakan seolah2 saya hanya ingin menyedapkan hati tapi hakikatnya, tidak saya nafikan...ini merupakan satu bentuk latihan emosi dan psikologi buat anak saya agar dia  menjadi lebih berani, tabah dan bertanggungjawab  memastikan diri dia selamat...dan tidak membuatkan saya risau. 

Mungkin, ada pendapat sesetengah ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan dan pandangan saya ini.. Satu contoh yang saya yakin anak saya menjadi lebih bertanggungjawab bila mana dia memilih untuk mendirikan solat terlebih dahulu sebelum menelefon babah dia ... I bet you, if I was at home that time... she usually will procrastinating her action to perform her solat and says that she need her rest and to watch the television before that... but, without me at home... she knows what should be done first before another... without me have to tell her repeatedly. :) She know that she need to lock the door to make her self save at home.. and to prepared her self ready for maghrib before her father reach home.. bijak kan? sebab dia tahu semua yang perlu dan patut dia buat tanpa perlu saya beritahu...dan arahkan.. :) ~ sebenarnya dia mmg tahu semua tu..

Secara umum, dari segi psikologi...manusia / kanak2 akan kurang mempunyai sikap kebertanggungjawaban bilamana dia tidak diberikan tugasan atau tanggungan untuk dia menunjukkan sikap bertanggungjawab itu.. Ini kerana, dia sedar bahawa ada orang lain yang lebih dewasa dan lebih berkuasa ke atas diri dia untuk melaksanakan tugasan tersebut. Jika, kita menyerahkan satu tugasan atau perkara kepada si anak tadi sepenuhnya dengan sedikit observation dari kita... dia secara automatik tahu bahawa dia mesti bertanggungjawab memastikan tugasan yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan baik. But of course, we would like to put some indication of what we expect from her rite?? kalu tak dia wat cincai jer la.... :) tp we as parents kene la pastikan tugasan yang nak diserahkan tu bersesuaian dengan usia anak la kan... :) jgn pulak anak umo 3 tahun ko tinggal  kat umah sendiri...tu melampau la... Rasa saya, usia anak 7-8 tahun...ibu bapa sudah boleh mula ajar anak berdikari... jgn terlalu berharap untuk dibantu sentiasa... dan perlu tahu asas keselamatan untuk diri sendiri... saya sudah mula ajar dia buat kerja-kerja rumah, bantu saya mana yang perlu sebab..bagi saya, bijak dalam pelajaran tidak mencukupi jika dia hanya tahu untuk jawab peperiksaan..because life isn't all about books and exam papers... it's about life..how you react to your surrounding, your problems, your needs, and your responsibilities. There are many people out there who are excellent in their education but they live unhappy because they don't have family who treat them with love..they don't have friends who will be with them up and down, no life because they live only with what they have to live... and worst is, they are so arrogant and selfish to notice about others who are all around them.. :(  

Memberi mereka merasai satu tanggungjawab akan buat mereka rasa lebih dipercayai...lebih berkeyakinan.. berani menyahut cabaran dan rasa dihargai. Jika kita mahu bina jati diri yang kukuh dalam anak kita..maka kita sendiri yang harus membinanya... sebab, tiada orang lain yang boleh melakukan melainkan diri kita sendiri... ini penting terutama seperti anak saya yang tunggal...dia tak ada peluang untuk menjadi seorang kakak yang boleh memjaga adik untuk bantu dia bina sifat bertanggungjawab dalam diri, sifat yakin dan rasa berkuasa..(sense of authoritarian)  sebab dia tiada adik.. so, I need to create some other ways to help her to built up her personality (in other ways I pun terpaksa jugak sebenarnya). If I were to ask her to trust me, I need to trust her first... remember, what you give..you get it back... :) Selain tu, saya mahu melatih dia untuk membuat keputusan, tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah jika saya dan babah dia tiada untuk membantu dia..dan boleh memilih yang mana lebih baik untuk diri dia sendiri...in shaa Allah with Allah guidance.

Semoga, pelajaran ini dapat membantu dia menjadi lebih kuat, yakin dan berani berhadapan dengan cabaran dimasa hadapan...dan harapan saya, semoga saya dapat melatih dia menjadi lebih bijak dalam membuat keputusan..

i.b.u.s.a.y.a.n.g.k.a.k.a.k
7.N.o.v.e.m.b.e.r.2.0.1.3.
M.a.j.u.T.o.w.e.r.
elove

Friday, November 1, 2013

L.e.s.s.o.n.#.2.

Bismillahirrahmannirrahim....

Salam Jumaat semua...semoga Jumaat yang barakah ini memberi seribu rahmat buat kita semua...amin..

Actually nak cerita kisah malam tadi...ada sedikit sesi luahan perasaan dan soal jawab dgn anak dara kecik tu.. Kisahnya, mlm tadi dia tunjuk kat saya sebuah majalah Aulad...eh, lupa nak citer...sebelum tu ada sesi reporting result periksa akhir tahun dia... syukur Alhamdulillah...she's doing well in her exams... result semua memuaskan hati ibu dan babah...tp biasa lah, simple mistakes mcm..tersilap eja lah..lupa bubuh noktah la..lupa tulih hurup besar utk nama khas la..gitu lar...so overal, markah semua above par..90+/100... :) ibu tersenyum senang..babah senyum girang..and anak kembang hidung kene peluk cium ngan ibu n babah...hahahahah (dasar hidung mmg dah kembang) ekekekekek..... cuma maths and sains subjek xdpt paper lg...result utk English dia..mencapai Band 6 ~ jgn tanye mende band2...ni..makcik pon fenin...yg ku tahu, skang dorang makai kekdah band2 ni utk prestasi murid dlm sistem KSSR ni...so, band 6 ni yg highest la..entah, janji dia paham sudah... so, I told her...I don't really care what numbers she gonna have in the class but I am proud for her achievement and as long she can maintain A's in her result...I am ok...hahahah giler kiasu bunyik nyer..   anyway, Ibu cakap..congratulation on her efforts (yg baca buku last minit tuh) berbaloi... :)

Then, lewat skit mlm tadi...lepas dah abis solat and dah suruh dia get ready nak masuk tidur..tetiba dia dtg tunjud satu majalah kat si ibu...sambil excited bercerita nak wat itu ini (nak buat craft mcm dlm majalah tu tunjuk la) on this wekend since si ibu ckp wekend ni kita duk umah diam2 pasal keta masuk workshop...huhuhu (owh citer panjang gak ni). memula si ibu melayan kan ajer...tp tetiba si ibu ni terperasan plak..bila masa lak dia belikanmajalah ni kat si anak... lalu bertanya lah si ibu kpd anak nya.. 

I    :  Kakak, mana dpt majalah ni?
K  : Kawan kakak punya..
I    : Abistu, apesal ada kat kakak pulak ?
K  : Kakak minta dgn Izzatii..
I    : Eh, dia dah xmo ke buku ni ? wat pe minta org punye? kenapa tak minta dgn ibu je suh beli utk kakak ?
*pause

K    : Sebab...kadang2 kalau kakak minta kat ibu bukannya dapat pun...
I     : sighhh... Khadeja, kan ibu dah cakap...ibu xsuka kakak minta brg dr org lain...kalau nak apa2 minta dari ibu...or babah.. bukan ibu xboleh beli...tp bagitau la...dah bnyk kali ibu cakap kan??

*seyes bnyk kali si ibu dah ingatkan bende ni..Ibu is pantang anak minta2 or amik brg org...huhuhu

K    : Kakak tahu, tp ibu bukan nak beli kan pun... :( ~ muka sedih, ibu tarik napas panjang dah ni...
I      : Kakak tak bgtau mcm mana kakak tahu ibu xnak beli ? Ok betul kadang2 tu ibu tak beli kan..tp mesti ada sebab kan?

* si anak diam dan tunduk saje...

I   : kakak ingat tak apa yg ibu selalu ckp kat kakak ? Dlm hidup kita, xsemua benda yg kita mahu kita akan dapat mcm yang kita nak... kenapa Allah tak tunaikan semua permintaan kita? kenapa ibu xbagi semua yang kakak minta? Sebab, xsemua yg kita nak tu baik untuk kita..mungkin baik, tp belum masanya utk kita dpt waktu tu... mungkin ibu bukan sengaja xmo belikn waktu kakak minta..tp waktu tu mungkin ibu xde duit..atau belum gaji lg...atau ibu terlupa...kakak kene sabar la...

*si anak dah mula bergenang airmata...sob..sob..sob

I   : Kakak tahukan...ibu ngan babah nak sangat bagi kakak adik ? hari2 ibu ngan babah doa supaya Allah beri ibu anak lagi supaya kakak boleh dpt adik and kawan mcm yang kakak nak...tp Allah masih belum beri kat ibu ngan babah...ada tak ibu ngan babah pegi minta kat orang lain pulak??. ada tak ibu pegi amik baby orang lain dan bwk balik ? xde kan?..sebab apa?..sebab ibu tahu Allah nak ajar ibu jd lebih sabar...so, sama mcm kakak...bila Ibu xberi apa yg kakak minta bukan sbb Ibu tak sayang kakak...tp Ibu nak kakak belajar bersabar... sabar tu kan separuh drpd iman ? Kakak tahu kenapa nama kakak Iman?
K  : Tak tahu.. ~ masa ni dah berjujuran airmata dah....
I    : Sebab, ibu nak anak ibu jd org yang beriman mcm nama dia jugak... jadi anak yang solehah..yang taat pada Allah, taat pada ibu ngan babah... so, nak jd org yang beriman..kene lah belajar bersabar kan?

* angguk....

I   : So, kakak tahu apa yang patut kakak buat sekarang? majalah nak nak buat ape?
K : Kene pulangkan kat Anis..
I   : Eh, Anis pulak..tadi kata Izzati..
K : Nama dia Anis Izzati...
I   : ok..good then esok pulangkan balik ok...nnt ibu beli yang baru untuk kakak...
K : Ibu...kakak minta maaf sebab kakak amik barang orang lain...kakak janji kakak pulangkan balik...
I  : Good, ibu sayang kakak...babah pun sama...ingat pesan ibu ni sampai bila2...sampai kakak dah besar..sampai kakak dah kawin, ada anak sendiri..nnt kakak ajar anak kakak pulak bende yang sama ok..?

*angguk sambil kesat airmata... sob..sob..sob..

I believe, to teach your kids a good manners it should start as early as you can...kita selalu under estimate yang anak tak kan faham apa yang kita beritahu atau bebelkan pada dia..dlm kes saya, si ibu mmg kuat membebel...hihihi..but believe me, they actually understand !.... cuma, kita kene tahu bagaimana untuk memberitahu mereka...pilih masa yang sesuai, waktu anak sedang bertenang... beritahu dengan jelas apa kesilapan dia dan apa yang sepatutnya dia kene lakukan... marah atau menengking definitely xkan memberi kesan dalam jangka panjang...anak mungkin cuma akan ingat waktu dimarahi..tp lps tu dia akan ulang balik..sebab otak anak xdapat proses maklumat dengan cepat spt org dewasa... mereka serap maklumat dan simpan..that's it..but they would not process it and understand the information... ini kerana otak mereka sedang berkembang... proses penyambungan neuron berlaku dengan pantas ...they just serap..serap dan serap..and simpan....so, bila kita bercakap dlm keadaan tenang...kita akan beri masa utk dia memproses dan memahami apa yang diperkatakan...sebab tu...sebaik2 nya..beritahu tentang kesalahan anak dlm keadaan dia dah bertenang...waktu dia nak tidur...sambil pakaikan dia baju...mcm saya, saya suka berbual dan menasihati khadeja waktu lepas solat...(carik masa utk solat sama2 dengan anak..) lepas berdoa , kita amik masa dalam 5-10 minit utk beri kata2 nasihat dan pesanan buat anak...sebab, waktu tu otak dan perasaan anak sedang dlm keadaan yang sgt tenang....emosi dalam keadaan sgt stabil..jd lebih mudah kita berkomunikasi dgn mereka...waktu nak tidur pon boleh.... the most important is, make them understand what are we trying to say...kalau kita bebel2 jer tp kita tak terang kan kenapa, bagaimana dan apa sebab musabab kita marah...dorg xkan tahu apa yg dorang buat tu salah...

So, apa yang cuba saya fahamkan Khadeja dalam situasi mlm tadi...adalah sikap sabar dan jangan suka meminta2... jika kita perlukan sesuatu..minta pada yang sewajarnya...dan bersabar jika kita tak dpt apa yang kita mahukan ... jangan mudah membuat konklusi atas semua keputusan yang diperolehi.... redha and sabar kerana Allah swt maha mengetahu apa yang terbaik utk kita...dan bila masa untuk Dia tunaikan apa juga permintaan kita... I think, she is now big enough to understand all reason that I gave her... she is no longer a toddler...so, I need to treat her in a different way. Saya jugak sudah mula utk ubah cara kami berkomunikasi... saya xmahu dia rasa ada ruang antara ibu dan anak... sebab saya tak mahu dia berpaling kepada kawan2 dan percaya mereka lebih dari dia percaya saya sbg ibu nya...tak lama lagi dia akan semakin meningkat remaja...sighh, baca ibu dah makin tua..hukhuk .... :) dan pastinya lebih bnyk bende nak kene jaga...hihihihi.. :)

* Khas buat anak ibu, jika satu hari nanti kakak mula baca blog ibu ni...

" Tiada seorang ibu mahupun bapa di dunia ini yang tidak mahukan yang terbaik untuk anaknya... Hanya Allah swt yang tahu betapa dalam nya kasih sayang kami berdua...betapa bnyak nya kerisauan kami berdua demi kamu duhai anak... kerisauan yang mana ibu takut kamu tidak mampu mengharungi dunia ini dengan tabah.. dengan kekuatan dan kebijaksanaan...kerana kami tidak mungkin selamanya mampu berada disisi kamu.... Percaya lah, setiap apa yang kami lakukan adalah semata-semata untuk mempersiapkan kamu dengan semua ilmu duniawi dan ukhrawi untuk kamu berhadapan dengan dunia yang sangat besar dan penuh dengan tipu muslihat.... semoga setiap apa yang kami titipkan dan pesankan menjadi azimat buat mu mengharungi hari mendatang yang penuh cabaran.... kami senantiasa berada dibelakang kamu untuk menyokong dan menyambut tiap kali kamu jatuh...datanglah pada kami bila-bila masa sahaja kerana tiada sesaat pun yang mampu menolak keinginan kami untuk sentiasa memenuhi keperluan kamu...Ketahuilah bahawa, setiap apa yang kami buat adalah kerana kami menyayangimu .. demi sesungguhnya kamu itu amanah dan kurniaan yang tidak ternilai dari Allah swt untuk kami berdua...."

i.b.u.s.a.y.a.n.g.k.a.k.a.k 
1 November 2013
M.a.j.u.J.u.n.c.t.i.o.n.

elove